Dalam perigi mengumpul haruan Buat bekalan berbulan-bulan Yang pergi, sejahteralah Tuan Yang datang, ah lan wa sah lan SELAMAT DATANG TUAN PENGETUA PUAN FUZIAH BT TAK
Pagi ini,28/2/12, pegawai (atau pegawai-pegawai) dari PPD akan membuat pemantauan berkaitan pelaksanaan SOP di SMK Tengku Menteri. Diharap cikgu-cikgu bertenang dan teruskan tugas seperti biasa. Warga SEMENTERI sejak dulu memang dah biasa dengan lawatan-lawatan mengejut seumpama ini.Selamat bertugas.
AlhamduLillah. Kesempatan ini datang juga. Selamat bertemu di Blog SEMENTERI yang dilahirkan secara rasmi pada hari ini,Selasa 28 Feb 2012 di PKG Simpang. Semoga ia akan menambahkan kemeriahan kita, khususnya warga sementeri berinteraksi di alam siber. Sayugia diingatkan, biarlah wadah ini menjadi platformuntuk aktiviti yang sihat-sihat saja berlandaskan prinsip bantu membantu dalam hal-hal kebaikan. Selamat berblogging!