Wednesday 29 February 2012

AH LAN WA SAH LAN

Dalam perigi mengumpul haruan
Buat bekalan berbulan-bulan
Yang pergi, sejahteralah Tuan
Yang datang, ah lan wa sah lan
SELAMAT DATANG TUAN PENGETUA
PUAN FUZIAH BT TAK

Tuesday 28 February 2012

Pemantauan SOP oleh Pegawai PPD

Pagi ini,28/2/12, pegawai (atau pegawai-pegawai) dari PPD akan membuat pemantauan berkaitan pelaksanaan SOP di SMK Tengku Menteri. Diharap cikgu-cikgu bertenang dan teruskan tugas seperti biasa.  Warga SEMENTERI sejak dulu memang dah biasa dengan lawatan-lawatan  mengejut seumpama ini. Selamat bertugas.

Selamat Datang Ke Laman Blog SEMENTERI

Terkenang dulu-dulu !
AlhamduLillah. Kesempatan ini datang juga. Selamat bertemu di Blog SEMENTERI yang dilahirkan secara rasmi pada hari ini, Selasa 28 Feb 2012 di PKG Simpang. Semoga ia akan menambahkan kemeriahan kita, khususnya warga sementeri berinteraksi di alam siber.  Sayugia diingatkan, biarlah wadah ini menjadi platform untuk aktiviti yang sihat-sihat saja berlandaskan prinsip bantu membantu dalam hal-hal kebaikan. Selamat berblogging!